Ta’aruf dan Tafahum, Persefahaman Untuk Perpaduan Semua.

Taaruf menurut makna pengertiannya adalah mengenali dan mengetahui antara satu sama lain manakala Tafahum membawa makna saling memahami dan mengetahui secara mendalam keadaan orang lain.


Perintah Berta’aruf dan Tafahum

Kesempurnaan agama Islam dapat dilihat dari ajarannya yang meliputi hidup seorang Muslim secara keseluruhannya dan kesempurnaan Islam ini akan terserlah pada keperibadian seseorang yang saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Firman Allah dalam Surah Al Hujurat ayat ke-13 :


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa.”


Kesan Positif Ta’aruf dan Tafahum

Saling berkenalan dan memahami antara satu sama lain memberikan impak yang amat positif bukan sahaja kepada seseorang individu malahan kepada semua secara keseluruhan. Antara kesan positif sekiranya seseorang umat Islam itu mendalami keindahan Ta’aruf dan Tafahum dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian adalah :

  1. Menambahkan teman dan mengeratkan persaudaraan.
  2. Mengelakkan permusuhan dan persengketaan.
  3. Berkongsi pengalaman, rezeki dan pengetahuan.
  4. Melahirkan kerukunan dalam tetangga.
  5. Mengurangkan masalah jenayah dan sosial.

4 Prinsip Mewujudkan Toleransi Menurut Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi

  1. Setiap Muslim harus mengakui dan mengiktiraf asas kemuliaan manusia tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit.
  2. Setiap Muslim perlu menerima bahawa perbezaan agama yang berlaku merupakan sebahagian daripada aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT bagi membolehkan manusia membuat pilihan untuk menerima atau meninggalkan sesuatu kepercayaan berdasarkan kefahaman dan keyakinannya.
  3. Setiap Muslim tidak dituntut untuk bermusuhan dengan golongan yang beragama selain Islam serta berpegang teguh kepada prinsip kebebasan beragama.
  4. Setiap Muslim perlu meyakini bahawa berlaku adil dan menunaikan hak sesama manusia walaupun berbeza kaum dan agama merupakan sebahagian daripada perintah Allah SWT yang wajib untuk dilaksanakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *