KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2022 menyaksikan seramai 3.4 juta keahlian di seluruh negara yang melibatkan 22,120 cawangan dan 191 bahagian. Laporan itu dimaklumkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022, hari ini.
“Namun, yang penting bukanlah kuantitinya semata-mata, haruslah kualiti yang kita mahukan, kita perlu siap siaga membuat persiapan kerana ada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas ini,” katanya.
Tirai Perhimpunan Agung UMNO 2022 dimulakan dengan acara menaikkan bendera oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di perkarangan Menara Dato Onn.
Terdahulu, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan kekalahan UMNO dan hanya memenangi 26 kerusi Parlimen.