Lisa Marie Pergi Setelah Elvis Raih Anugerah Golden Globe 2023.

NEW YORK – Dunia dikejutkan dengan pemergian anak tunggal Raja Rock & Roll, Lisa Marie Presley, Khamis lalu pada usia 54 tahun akibat penyalahgunaan dadah sama seperti bapanya Elvis Presley ketika beliau berusia 9 tahun dan seterusnya pemergian King of Pop, Michael Jackson yang juga bekas suami Lisa Marie.

Pemergiannya telah diumumkan oleh ibunya sendiri, Priscilla Presley yang berkata, “dengan rasa sedih saya berkongsi berita bahawa anak perempuan saya telah pergi meninggalkan kami.”

Lisa Marie bersama ibu dan ayahnya Priscilla dan Elvis Presley.

Lisa Marie yang sebelum itu telah menghadiri majlis Golden Globe 2023 dilihat kurang stabil ketika ditemubual oleh wartawan. Filem Elvis telah meraih anugerah bagi kategori Pelakon Terbaik Kategori Drama melalui lakonan Austin Butler. Keluarganya juga baru sahaja meraikan Ulang Tahun ke-88 Elvis Presley pada 8 Januari lalu bersama peminat-peminat Elvis di Memphis.

Beliau juga dikatakan telah memuji lakonan Butler didalam filem tersebut dan berkata Butler telah melakukan yang terbaik untuk membawa watak tersebut dan keluarga Elvis secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap Butler dan Baz Lurhman dan menyifatkan filem tersebut sebagai satu yang amat dibanggakan oleh seluruh keluarga mendiang Elvis Presley.

Austin Butler telah mengungkapkan ucapan terima kasih kepada Priscilla Presley dan Lisa Marie Presley ketika menerima anugerah Golden Globe baru-baru ini.

Lisa Marie bersama bekas suaminya, Michael Jackson.

“Terima kasih kalian semua kerana membuka hati, memori dan kediaman anda buat saya. Buat Lisa Marie dan Priscilla, I love you forever.”

Lisa Marie akan dikebumikan di Graceland bersebelahan dengan anak lelakinya yang telah membunuh diri pada tahun 2020.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *