Tahun 2025 bakal menyaksikan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 sekaligus sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-46. ASEAN akan menjadi acara berprofil tinggi yang menghimpunkan pemimpin utama Asia Tenggara. Malaysia bersedia memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju strategik ASEAN bagi tahun mendatang. Artikel ini akan mengupas tarikh, lokasi, serta dasar bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan sempena sidang ini. Sila baca artikel ini sepenuhnya bagi mengetahui info penuh mengenai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung tidak lama lagi di Malaysia 2025.
Tarikh dan Lokasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan berlangsung pada 26 dan 27 Mei 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Acara ini akan menghimpunkan lebih daripada 20,000 individu termasuk perwakilan, peserta, anggota sekretariat serta kakitangan sokongan. Selain 10 pemimpin negara anggota ASEAN, 19 ketua negara lain dijangka hadir termasuk dari ketua negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Tema dan Objektif Sidang Kemuncak
Tema utama sidang kali ini adalah ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, yang menekankan kepentingan pembangunan yang inklusif dan lestari di rantau Asia Tenggara. Objektif utama sidang ini merangkumi:
- Memperkukuh kerjasama serantau: Mengukuhkan hubungan antara negara anggota ASEAN dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan keselamatan demi kepentingan bersama.
- Menangani isu serantau dan global: Menyelaraskan pendirian bersama terhadap cabaran seperti krisis ekonomi, pandemik, perubahan iklim, keselamatan siber, dan ketegangan geopolitik.
- Mempromosi keamanan dan kestabilan: Mewujudkan dialog terbuka dan diplomatik untuk mencegah konflik serta mengekalkan kestabilan politik dan keselamatan di rantau Asia Tenggara.
- Mengukuhkan identiti Komuniti ASEAN: Membangunkan rasa kekitaan dan perpaduan serantau melalui inisiatif sosial, budaya, dan pendidikan yang menyatukan rakyat ASEAN.
- Menggalakkan keterangkuman dan pembangunan mampan: Memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan mampan merangkumi negara-negara yang kurang maju dalam kalangan anggota ASEAN.

Persediaan Malaysia Sebagai Tuan Rumah
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia telah mengambil pelbagai langkah persediaan untuk memastikan kelancaran penganjuran sidang kemuncak ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kesejahteraan Bandar dan Jawatankuasa Tindakan Pengindahan Bandar bagi memastikan Kuala Lumpur bersedia dari segi kebersihan, keindahan, kesejahteraan bandar, lalu lintas, penguatkuasaan serta penyelenggaraan infrastruktur.
Selain itu, Malaysia akan memperkenalkan Konsep Komuniti ASEAN 2025-2045 bagi membolehkan negara-negara serantau meningkatkan kerjasama dalam pelbagai aspek. Konsep ini merupakan visi 20 tahun untuk komuniti negara-negara ASEAN dan proses menyiapkan Draf Konsep itu kini di peringkat akhir.
Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) Sempena Sidang Kemuncak
Bagi memastikan kelancaran penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) secara fleksibel bagi penjawat awam yang terkesan dengan kesesakan trafik. Ketua jabatan diberi kuasa mempertimbangkan permohonan BDR berdasarkan garis panduan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SR.4.1.2.
Selain itu, syarikat swasta berpangkalan di sekitar lokasi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN digalakkan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah. Langkah ini bertujuan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memastikan kelancaran acara tersebut.
Penutupan Sekolah dan Pengajaran Dalam Talian
Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengenal pasti sekolah-sekolah yang akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memastikan keselamatan pelajar.
Penutup
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 adalah platform penting bagi negara-negara Asia Tenggara bagi membincangkan isu-isu serantau dan global. Sebagai tuan rumah, Malaysia telah mengambil pelbagai langkah persediaan termasuk pelaksanaan dasar BDR dan pengajaran dalam talian bagi memastikan kelancaran acara. Diharapkan sidang ini akan membawa manfaat besar kepada rantau ASEAN dan memperkukuh kerjasama antara negara-negara anggotanya.
Semoga artikel ini dapat membantu anda semua untuk tahu sepenuhnya mengenai info Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, tarikh, serta lokasi bagi acara ini.
Jika merasakan artikel ini bermanfaat, sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda.
Nota: Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, sila layari laman rasmi MyASEAN2025.
Tonton video di bawah ini untuk mengetahui senarai lokasi yang terlibat dengan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dan PdPR.
“Dalam masa terdekat, pihak polis akan mengumumkan laluan-laluan utama yang akan digunakan antaranya membabitkan kawasan KLIA, Lapangan Terbang Subang dan Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang,”.