Gempa Bumi Turkiye Disifatkan Bencana Terbesar

PAZARCIK: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan gempa bumi yang berlaku di daerah Pazarcik di wilayah Kahramanmaras dan menggegarkan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adiyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis merupakan “bencana terbesar” selepas gempa bumi Erzincan pada 1939.

Awal pagi isnin, gempa bumi bermagnitud 7.7 mengorbankan sekurang-kurangnya 2,921 orang dan 15,834 lagi cedera. Misi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan. Kira-kira 16,400 anggota mencari dan menyelamat kini berada di wilayah berkenaan dan 65 negara telah menawarkan bantuan setakat ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa institusi kerajaan dan juga swasta mengambil langkah memberhentikan dan menangguh segala operasi sehingga diberi tahu kelak.

Sehubungan dengan itu, Erdogan menyeru rakyat negara itu supaya “bersatu hati” dan mengumumkan Turkiye akan bergabung selama tujuh hari.

Gegaran turut dirasai di beberapa negara jiran di rantau itu termasuk Lubnan dan Syria. #PrayForTurkiye

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *