BANGKOK – Thailand bakal beraksi menentang Vietnam setelah berjaya mematahkan impian Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat, malam tadi.
Skuad Gajah Perak dibawah pimpinan Alexandre Polking berjaya menjaringkan 3 gol di laman sendiri sekaligus menjadikan aggregat 3-1. Jaringan pertama skuad Thailand seawal minit ke-19 menerusi tandukan Teerasil Dangda ternyata semakin melemahkan corak permainan Malaysia yang dilihat seakan gagal menguasai rentak permainan dibabak pertama.
Peluang Malaysia untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-36 menerusi tandukan Darren Lok hasil hantaran Norhakim Hassan berjaya disekat oleh penjaga gawang Thailand, Kampon Phatomakkakul.
Babak kedua menyaksikan Malaysia mencuba mengubah nasib pasukan melalui pertukaran 2 pemain, Lee Tuck dan Ruventhiran namun Malaysia sekali lagi kecewa apabila Bordin Phala berjaya menjaringkan gol kedua Thailand pada minit ke-55.
Minit ke-71 menyaksikan tuan rumah sekali lagi menjaringkan gol menerusi pemain gantian Adisak Kraisorn sekaligus membuktikan kelayakan Thailand untuk mara ke pusingan akhir Piala AFF buat kali yang ke-10.
Pusingan awal bagi perlawanan akhir akan berlansung pada Jumaat, 13 Januari di Hanoi dan pusingan kedua pada 16 Januari di Thailand.