KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika ditemui selepas merasmikan KNKV Viral Award dan majlis penjenamaan semula KNKV Group.
“Kerajaan tidak pernah menghalang kebebasan orang ramai untuk berkarya dan mengekspresikan diri melalui kandungan kreatif di platform media sosial selagi ia tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R iaitu bangsa (race), agama (religion) dan Raja (royalty).”
Pihak di Kementerian Komunikasi dan Digital dengan Kerjasama penyedia platform media sosial terus melakukan pemantauan bagi memastikan kandungan yang menyentuh sentiviti 3R tidak tersebar.
“Dalam bab keselamatan awam, sekiranya berlaku kacau ganggu dalam khalayak ramai atau ada masalah sebaran ajaran sesat, ekstremisme militan dan keganasan, memang kerajaan akan ambil tindakan yang pantas.”

“Di Malaysia, kita tidak menghalang orang untuk berkarya, berekspresi atau bersuara, tetapi kita ada undang-undang, adab serta budaya. Penting untuk kita ingat walaupun kita ada hak untuk bersuara, kita tidak ada hak untuk menyebar fitnah dan maklumat palsu,” katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata, pihaknya terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak selalunya meminta penyedia platform media sosial untuk menurunkan sesuatu kandungan, kecuali jika ia mendapat aduan orang ramai atau dikesan menyentuh mengenai 3R.
“Hampir 95 peratus daripada kandungan, jika diturunkan adalah disebabkan pembuat kandungan itu melanggar panduan komuniti (ditetapkan penyedia platform). Malah, jika berlaku berulang kali, platform itu sendiri akan menutup akaun terbabit,” katanya. – BERNAMA