BANGKOK – Skuad pemain bolasepak negara bimbingan Kim Pan Gon telah selamat tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, kira kira jam 4 petang waktu tempatan semalam bagi meneruskan misi memburu tempat dipusingan akhir Piala AFF Mitsubishi 2022.
Perlawanan pusingan kedua untuk peringkat separuh akhir ini bakal berlansung esok malam di Stadium Thammasat, Bangkok.
Perlawanan pusingan pertama telah menyaksikan Skuad Gajah Perak ditewaskan di Stadium Bukit Jalil dengan jaringan Faisal Halim pada minit ke-11. Skuad kebangsaan hanya perlu mendapatkan keputusan seri pada pertemuan pada Selasa ini untuk bertemu skuad Indonesia atau Vietnam. Pertemuan antara Vietnam dan Indonesia untuk pusingan kedua bakal berlansung pada malam ini di Stadium My Dinh, Vietnam.
Faisal Halim meraikan gol kemenangan Skuad Harimau Malaya pada pertemuan pusingan pertama Sabtu lalu.
Debaran pastinya lebih dirasai oleh pasukan juara bertahan, Thailand kerana gagal membawa sebarang mata kepusingan kedua. Skuad dibawah bimbingan Alexandre Polking dikatakan akan tampil dengan corak permainan aggresif tetapi akan memantapkan barisan pertahanan agar tidak malu di hadapan penyokong sendiri.
Pertemuan akhir mereka pada Sabtu lalu ternyata tidak membuahkan hasil kepada Skuad Gajah Perak kerana gagal membolosi gawang pihak lawan walaupun telah membuat 24 percubaan.