Tentera Israel mengebom sebuah rumah warga Palestin di Tebing Barat yang mengakibatkan seorang lelaki maut manakala 16 lagi cedera. Menurut saksi dan pegawai perubatan, kejadian tersebut berlaku ketika serbuan Tentera Zionis tersebut di Kawasan berkenaan.
Israel mendakwa warga Palestin di rumah tersebut terbabit melakukan serangan maut di Tel Aviv.
Menurut saksi lagi, tembakan hebat dilepaskan oleh Tentera Israel yang memasuki Bandar Jenin dengan kenderaan dan bunyi tembakan tersebut bergema hingga ke seberang jalan.
Tentera Israel pula berkata, pasukan Palestin menembak askarnya ketika operasi tersebut yang memusnahkan pangsapuri Raad Hazem.
Pada 7 April lalu, kejadian tembakan di bar Tel Aviv mengorbankan tiga warga Israel.