Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Drama Keluarga Itu , hasil karya Erma Fatima, yang bakal menemui penonton di TV3 mulai 28 Februari 2025. Drama ini akan ditayangkan setiap Jumaat hingga Ahad pada jam 9:00 malam. Untuk tontonan lebih awal, strim 24 jam sebelum siaran di tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.
Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra, drama ini diarahkan oleh Nur Ain Sharif, bersama Ejump Mohd dan Amor Rizan. Ia menampilkan barisan pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Umie Aida, Puteri Balqis, Fattah Amin, Amir Ahnaf, Izara Aishah, dan ramai lagi.
Setelah kejayaan drama sebelum ini yang bertajuk “Perempuan Itu” dan “Lelaki Itu”, mampukah karya terbaru Erma Fatima ini mencipta fenomena sekali lagi di TV3? Sama-sama kita saksikan drama Keluarga Itu yang telah mulakan tayangan di TV3 sekarang.
Info Drama Keluarga Itu
๐ Tajuk: Keluarga Itu
๐ Episod: 30
๐ Tayangan Perdana: 28 Februari 2025
๐ Hari Siaran: Jumaat – Ahad, 9:00 malam
๐ Saluran: TV3 / Tonton
๐ Penulis Skrip: Erma Fatima
๐ Pengarah: Nur Ain Sharif, Ejump Mohd, Amor Rizan
๐ Produksi: Rumah Karya Citra Sdn Bhd

Barisan Pelakon & Watak
๐ญ Rosyam Nor sebagai Iman
๐ญ Umie Aida sebagai Chempaka
๐ญ Puteri Balqis sebagai Dhamiah
๐ญ Amir Ahnaf sebagai Aman
๐ญ Fattah Amin sebagai Ansara
๐ญ Izara Aishah sebagai Husna
๐ญ Muaz Zabir sebagai Anwari
๐ญ Melissa Campbell sebagai Camelia
๐ญ Duerra Mitilda sebagai Dhini
Lagu Tema (OST)
๐ต Judul: Tangisan Seorang Pendosa
๐ค Penyanyi: Marsha Milan
๐ผ Komposer: Marsha Milan
๐ Lirik: Hazama
Sinopsis Drama Keluarga Itu
Mengisahkan perjalanan hidup Iman (Rosyam Nor) dan Chempaka (Umie Aida) yang berdepan dengan pelbagai konflik serta cabaran dalam keluarga mereka. Iman, seorang tokoh tahfiz yang dihormati, dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Ansara (Fattah Amin), Anwari (Muaz Zabir), Dhamiah (Puteri Balqis), dan Dhini (Duerra Mitilda). Walaupun dikenali sebagai seorang yang beriman dan pemurah, ada rahsia besar yang tersimpan dalam keluarganya, yang bakal mengubah segalanya.