Pelajar Tahun 3 Maut Digilis Sebuah Treler

SHAH ALAM – Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi Rabu.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun yang merupakan pengasuh dan seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah

Sumber Bernama mengesahkan pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut. – Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *