Diisytiharkan Muflis, Waran Tangkap Dikeluarkan Buat Norjuma Habib.

GEORGETOWN: Norjuma Habib Mohamed diisytiharkan muflis hari ini di Mahkamah Tinggi setelah gagal melunaskan bayaran berjumlah RM260,400 menurut peguam Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili Fame Up Entertainment.

Beliau berkata, Norjuma sudah dimaklumkan mengenai prosiding berkenaan pada jam 9 pagi ini, namun tidak hadir dan mahkamah sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

15 Ogos tahun lalu, Fame Up Entertainment dilaporkan memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Norjuma.

Dalam pada itu, Muhammad Hassanuddin berkata, prosiding berhubung waran tangkap terhadap usahawan itu di mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam akan diteruskan. Fame Up Entertainment turut memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma pada 2019 dan 2020.

“Waran tangkap itu sudah diserahkan kepada balai polis di Kuala Lumpur dan Shah Alam,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *