Manchester City Tewaskan RB Leipzig 7-0, Mara ke Suku Akhir Champions League.

MANCHESTER, United Kingdom: Manchester City mara ke suku akhir selepas menewaskan RB Leipzig 7-0 seterusnya mengesahkan kemenangan agregat 8-1 buat juara England itu sebentar tadi. Ini adalah kali ke-6 berturut-turut pasukan kendalian Pep Guardiola ini mara ke suku akhir.

Perlawanan itu turut menyaksikan Erling Haaland menyamai rekod Liga Juara-Juara dengan menjaringkan lima gol. Haaland juga mencipta rekod kelab yang baharu dalam semusim dengan 39 gol.

“Kekuatan utama saya ialah menjaringkan gol, banyak daripadanya berlaku dengan pantas di minda dan saya cuba meletakkannya di tempat yang tidak ada penjaga gol.” kata Haaland.

Manchester City masih belum sampai ke pusingan akhir Liga Juara-Juara tetapi mereka tidak pernah ada penyerang dengan kualiti permainan yang baik seperti Haaland dan itu memberikan harapan untuk Manchester City mara ke peringkat seterusnya.

“Pertama sekali saya bangga beraksi dalam kejohanan ini, saya menyukainya,” kata Haaland. “Lima gol! Menang 7-0 ialah sesuatu yang menakjubkan.”

Pertembungan itu agak seimbang selepas keputusan seri 1-1 di barat Jerman tiga minggu lalu tetapi Leipzig lesu selepas ramai pemain dilanda kecederaan dan tiada tandingan berdepan lawan dipenuhi bintang itu.

Dalam proses itu dia menyamai catatan Lionel Messi dan Luiz Adriano dengan lima gol dalam satu aksi Liga Juara-Juara. – AFP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *