Polis Rampas Bungkusan Dipercayai Ubat Gigi Estrak Ganja Dialamatkan Kepada Rafizi Ramli dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA —  “Buang duit sahaja hantar ganja kepada saya dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kami bukan ambil ganja.”

Itu respons Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada sidang Dewan Rakyat, Selasa lalu apabila diminta mengulas mengenai rampasan bungkusan mengandungi ganja yang dihantar ke alamat penerima palsu, kononnya dibeli olehnya dan Anwar.

Jumaat lalu, Polis Sepang merampas bungkusan  disyaki ubat gigi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik di sebuah syarikat kurier di Pulau Meranti, Puchong.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ,berkata rampasan itu dilakukan susulan maklumat daripada laporan  seorang petugas pejabat kerajaan di sini  yang menerima panggilan memaklumkan ada satu bungkusan atas nama dua ahli politik tersebut.

Susulan itu, pihak polis telah pergi ke hub kurier berkenaan dan merampas barang kes iaitu tiub ubat gigi dengan bercorak daun ganja yang tertera tulisan ‘Happy Green’ yang ditemui dalam satu bungkusan kotak berwarna coklat.

Hasil semakan polis mendapati barang tersebut dibeli pengirim melalui platform Shopee beralamat di Indonesia.  Siasatan pihak polis mendapati kedua-dua ahli politik itu tidak kaitan dengan rampasan tersebut dan masih menyiasat motif kiriman tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *