Pengarah tersohor, Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah dalam prosiding sebutan di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.
Susulan itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan cerai itu yang telah dikemukakan oleh Puteri Sarah. Dalam prosiding, Puteri Sarah diminta kemukakan bukti pernah dipukul oleh Syamsul Yusof tiga tahun lalu.
Bagaimanapun Sarah berkata, waktu itu dia tidak membuat laporan polis kerana masih sayang dan tidak mahu membuka aib malah tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.
“Ketika itu, yang selamatkan saya ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah, Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya.
Peguam syarie yang mewakili Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata insiden dipukul itu merupakan salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah. “Itu (dipukul) antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz).