HONG KONG – Cukup sadis dan tidak berhati perut. Itulah hasil penemuan dari pihak polis selepas model terkenal Hong Kong, Abby Choi yang telah dilaporkan hilang oleh rakan terdekat.
Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan Abby Choi selepas sebahagian anggota badan mangsa yang dikerat ditemukan di sebuah rumah sewa di Hong Kong, menurut polis tempatan pada Sabtu.
Tubuh badan model cantik itu telah ditemui terpisah. Beberapa bahagian tubuh mangsa telah disumbat ke dalam peti sejuk, manakala polis juga mengesyaki sebahagian lagi tubuh Abby Choi telah masak apabila polis menemui tisu manusia di dalam periuk berisi sup.
“Kami masih mencari kepala, badan dan tangan yang kami percaya telah dilupuskan,” kata Superintendan unit jenayah wilayah Kowloon West, Alan Chung kepada pemberita Sabtu
Bekas suami Choi, Alex Kwong, 28, ditahan di terminal feri di pantai barat laut Pulau Lantau, Hong Kong pada Sabtu dan pihak berkuasa turut merampas wang tunai 500,000 dolar Hong Kong (kira-kira AS$63,700) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (AS$510,000).
Ibu bapa Kwong dan adik lelakinya berusia 31 tahun telah pun didakwa kerana membunuh model berusia 28 tahun itu. Mangsa dilaporkan hilang pada Selasa.
Bekas bapa mentua Choi dipercayai menjadi dalang pembunuhan itu yang dikaitkan dengan harta bernilai jutaan dolar.
Pihak berkuasa percaya isu kewangan antara motif utama dalam pembunuhan mangsa melibatkan jumlah yang banyak. Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya.