SPRM Bertindak Bekukan Akuan Bersatu

KUALA LUMPUR: Tindakan SPRM membeku akuan Parti Bersatu Malaysia (BERSATU) baru-baru ini ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman mengesahkan pembekuan akaun berkenaan.

Susulan pembekuan akaun dari SPRM, BERSATU akan menulis surat rasmi kepada SPRM supaya perintah pembekuan akaun parti tersebut dibatalkan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, SPRM seharusnya tidak membuat tindakan sebegitu kerana tiada bukti dapat mengesahkan dakwaan penyelewengan dalam pakej rangsangan Covid-19 dan segalanya masih dalam siasatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *