Sudahkah Anda Membayar Fidyah?

APA ITU FIDYAH

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang islam yang telah baligh dimana tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tiba bulan Ramadhan tahun berikutnya.

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajid. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam Al-Baqarah ayat 184:

“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”

SIAPA PERLU BAYAR FIDYAH

Uzur Menunaikan Puasa Wajib 

Golongan yang sakit kuat dan tidak mempunyai harapan sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau keduanya sekali. 

Wanita Hamil 

Wanita yang hamil dengan syarat bimbangkan keselamatan bayinya. Mereka ini mesti membayar fidyah dan juga qada’ puasa yang ditinggalkan.

Melambatkan Ganti Puasa

Mereka yang melambatkan ganti puasa hingga telah masuk ke bulan Ramadhan tahun berikutnya, wajib membayar fidyah dan juga qada’ puasanya. Bayaran fidyah yang deikenakan pula mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.

Ibu Yang Menyusukan Anak 

Dengan syarat bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya. Golongan ini mesti membayar fidyah dan qada’ puasa yang ditinggalkan.

Orang Yang Telah Meninggal Dunia 

Fidyah wajib dibayar oleh waris sebelum pembahagian harta pusaka.

MACAM MANA NAK KIRA FIDYAH

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019, secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.

Bilangan puasa yang ditinggalkan  X  Kadar fidyah (RM4) = Jumlah perlu dibayar

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat manakala pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin oleh Baitulmal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *