Viral Momen Ngeri Pesawat Yeti Airlines Terhempas

KATHMANDU: Seorang penumpang Yeti Airlines 691 bernama Sonu Jaiswal sempat melakukan penstriman live di Facebook sebelum pesawat yang membawa 72 orang yang terdiri dari 68 penumpang dan 4 orang kru terhempas pada 15 Januari lalu.

@syaddadboomkp

Pesawat terhempas di Nepal: 66 disahkan maut New Delhi: Sekurang-kurangnya 66 orang disahkan terbunuh apabila pesawat yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal pagi Ahad. Jurucakap Tentera Nepal Krishna Bhandari memberitahu Agensi Anadolu bahawa 66 mayat ditemukan dari lokasi nahas setakat ini. Usaha mengesan enam orang lagi mangsa sedang giat dijalankan. Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri Fanindra Mani Pokharel, memberitahu bahawa pesawat penumpang yang dikendalikan Yeti Airlines terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak 200 kilometer dari barat Kathmandu. Jurucakap Polis Nepal Tek Prasad Rai memaklumkan, anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas. Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal melahirkan rasa sedih atas “kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara.” “Saya dengan tulus merayu kepada anggota keselamatan, semua agensi kerajaan Nepal, dan orang awam untuk memulakan penyelamatan yang berkesan,” menurut ciapannya di Twitter. Kedutaan India di Kathmandu pada Ahad mendedahkan maklumat yang diberikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal bahawa lima warga India menaiki penerbangan itu. “Kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau keadaan,” menurut misi itu. Disiarkan pada: Januari 15, 2023 @ 9:08pm BERNAMA

♬ original sound – Nasi Lemak Mak Wan Kg Pandan – Nasi Lemak Mak Wan Kg Pandan
Video yang sempat dirakam oleh salah seorang penumpang pesawat Yeti Airlines Flight 691 semasa pesawat terhempas. Video kredit : TikTok @syaddadboomkp

Dalam siaran live selama 1 minit 3 saat itu, terlihat Sonu Jaiswal memakai baju kuning sempat tersenyum sebelum tiba-tiba satu ledakan kuat berlaku dengan jeritan penumpang. Pesawat itu terhempas dan terbakar di gaung semasa cuba mendarat di lapangan terbang di Pokhara, Nepal.

Nahas yang mengorbankan 68 orang nyawa itu disifatkan sebagai tragedi terburuk sepanjang tiga dekad di Nepal. Sebahagian bangkai pesawat itu itu berada di lereng bukit, manakala sebahagian lagi terhempas ke dalam gaung di Sungai Seti.

Setakat ini, punca kejadian itu masih belum diketahui.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *