KUALA LUMPUR: Misteri satu bagasi yang ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di sini, 2 petang hari ini terungkap apabila pihak polis menemui mayat yang dipotong kepada enam bahagian dalam bagasi tersebut.
Identiti mangsa masih gagal dikenalpasti berikutan tiada pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa dan setakat ini polis mengesyaki mangsa adalah lelaki warga asing berdasarkan siasatan awal dilakukan.
Menurut sumber, bahagian badan mangsa yang telah disumbat dalam sebuah bagasi ditemui di atas rumput berdekatan lebuh raya.
Susulan penemuan mayat itu, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.