Tiada Lagi Celoteh Cik Ani, Ibu Chef Wan Meninggal Dunia

Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan, berkongsi berita duka kehilangan ibu tercinta, Noraini Abdullah. Allahyarhamah yang lebih dikenali sebagai Cik Ani menghembuskan nafas terakhirnya pada 6.20 pagi, Khamis.

Cik Ani meninggal dunia pada usia 93 tahun selepas 10 hari dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit.

Selain menderita kanser, Cik Ani juga berdepan beberapa penyakit lain seperti alzheimer dan dimentia. Jenazah akan disolatkan di Masjid Putra, Putrajaya dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyber 10, Cyberjaya.

Menjengah laman Instagram Chef Wan, Chef selebriti terkenal itu sering kali berkongsi celoteh lucu Cik Ani sehingga peminat-peminat sering kali menunggu kemunculannya dan sudah pasti akan merindui kemesraan Cik Ani dan Chef Wan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *