Mayat Penunggang Motosikal Ditemui Selepas 3 Hari.

GERIK: Mayat seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan nahas jalanraya ditemukan selepas 3 hari di dalam sebuah semak di Kilometer 22, Jalan Raya Timur Barat (JRBT) Gerik-Jeli.

Mangsa, Azran Rahmat, 46, telah ditemukan oleh rakan-rakannya yang berusaha menjejaki mangsa selepas bapa mangsa membuat sebuah laporan polis pada jam 1.58 petang semalam.

Menurut siasatan awal, motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Ninja ZX636 yang dinaiki mangsa kira-kira jam 11.15 pagi Jumaat lalu telah hilang kawalan sebelum terbabas dalam perjalanan menuju kearah Hentian Titiwangsa.

Mangsa ditemui rakan-rakannya dalam keadaan terperosok dalam semak di KM22 Jalan Raya Timur Barat antara Gerak ke Jeli.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood mengesahkan kes ini kini dalam siasatan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau juga meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin di talian 013-4487374 bagi membantu siasatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *