PM UMUM RENTAS NEGERI DIBENARKAN MULAI ESOK

Menerusi sesi pengumuman Khas YAB Perdana Menteri sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju memberi kebenaran kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk merentas negeri bermula Isnin, 11 Oktober 2021.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

Kebenaran itu susulan tercapainya sasaran 90% kadar vaksinasi lengkap populasi Dewasa di Malaysia.

Dengan pengumuman ini, rakyat Malaysia yang ingin merentas negeri tidak perlu memohon kebenaran merentas negeri daripada PDRM termasuklah untuk tujuan pulang ke kampung serta bercuti.