Dana filem RM20 juta yang diberikan kepada syarikat produksi didakwa diseleweng untuk kepentingan peribadi termasuk membeli rumah dan percutian mewah.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim berkata, segelintir mereka yang didakwa terlibat adalah penerima dana mikro yang terdiri daripada individu dan syarikat.
Pendedahan itu susulan 47 individu dan syarikat produksi dikenalpasti menerima dana tersebut tetapi tidak menerbitkan filem dan telah disaman.
Sementara itu, Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam menegaskan geran yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kepada syarikat produksi adalah amanah dan duit rakyat yang perlu diuruskan dengan baik.