Kebakaran Stesen Simpanan Bahan Api Pertamina Ragut 10 Nyawa

JAKARTA – Sebuah stesen simpanan bahan api dikendalikan syarikat tenaga Indonesia, Pertamina terbakar dan sekurang-kurangnya 10 orang telah terbunuh dalam kejadian itu. Kebakaran yang bermula selepas jam 8 malam waktu tempatan menyebabkan penduduk di kawasan berhampiran panik dan melarikan diri.

Stesen yang mempunyai kapasiti lebih 300,000 kilo-liter, meletup dan pusat panggilan balai bomba utama Jakarta telah menghantar 51 unit ke kawasan Plumpang di Jakarta Utara. Satriadi Gunawan, pegawai di balai bomba Jakarta Utara, menyifatkan kebakaran adalah besar dan punca kejadian masih lagi disiasat.

Kebakaran telah merebak ke rumah-rumah berhampiran dan jurucakap di sebuah hospital tempatan berhampiran stesen simpanan minyak itu memberitahu Kompas TV yang 10 mangsa telah dibawa masuk tanpa memberikan butiran lanjut mengenai keadaan mereka itu. REUTERS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *