Lelaki Kurang Siuman Maut Ditikam Peniaga Foodtruck.

PORT DICKSON – Seorang peniaga telah menikam seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman di pekan Lukut pada malam tadi.

Mangsa yang memang dikenali oleh peniaga di kawasan sekitar kerana sering merayau-rayau dan meminta makanan di situ tetapi pada malam tadi mangsa telah ditikam dengan menggunakan sebuah objek tajam.

Peniaga yang dikatakan berasal dari Segamat itu dipercayai telah melarikan diri menggunakan kenderaan jenis Proton Wira yang berwarna putih. Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin mengesahkan”kejadian yang berlaku pada 7.35 malam di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, Port Dickson.

“Pihak Polis mendapati seorang lelaki terbaring di Kawasan parkir kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.”

Mangsa yang berusia 38 tahun itu dibawa untuk dibedah siasat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan telah disahkan meninggal dunia pada jam 7.55 malam.

Muhamad Mustafah berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis giat mengesan suspek.

“Siasatan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *