KUALA LUMPUR: Perdana Mentari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentang Belanjawan 2023 hari ini pada jam 3 petang setelah sembah maklum kepada Agong semalam.
Belanjawan 2023 Malaysia Madani adalah yang kali pertama dibentangkan Kerajaan Perpaduan selepas menawan Putrajaya susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu yang menyaksikan tiada parti meraih majoriti mudah di Dewan.
Ketika ini, negara berhadapan cabaran hutang dan liabiliti berjumlah RM1.5 trilion, kekangan pendapatan kewangan dan jangkaan kelembapan ekonomi dunia.
Antara lain, Belanjawan 2023 Malaysia Madani pada Jumaat bakal mencuri perhatian rakyat memandangkan Anwar kembali untuk mengemukakan pelan nasional yang dijangka merangkumi peruntukan bagi bidang digitalisasi, sekuriti makanan dan industri kecil sederhana.