6 Maut, Nahas Van Di Jalan Genting Highlands

KUANTAN: Pemandu bersama lima penumpang sebuah van persiaran maut selepas kenderaan dinaiki terbabas di kilometer 4.8 jalan Genting Highlands hari ini.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika van yang dinaiki 15 penumpang termasuk pemandu dalam perjalanan turun dari kawasan peranginan tanah tinggi itu hilang kawalan dan terbabas.

Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 1.15 petang. Lima anggota termasuk dua pegawai bersama sebuah jentera ke lokasi untuk operasi bantuan menyelamat mangsa terlibat. Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.

Kesemua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mangsa yang maut terdiri seorang lelaki (pemandu) dan lima penumpang wanita warga tempatan. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *