Siri animasi Upin Ipin yang muncul di televisyen pada tahun 2007 semakin mendapat sambutan sehingga peringkat antarabangsa apabila saluran YouTube Les’ Copaque yang mempunyai 16.7 juga langganan meraih Anugerah Diamond Play Button daripada platform penstriman video yang berpangkalan di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Les’ Copaque sebelum ini menerima Anugerah Silver Play Button selepas mencapai 100,000 langganan dan Anugerah Gold Play Button selepas ia mencecah satu juta.
Siri animasi yang mendidik anak-anak terbitan Les’ Copaque, Upin & Ipin yang berlatarkan suasana kampung yang serba santai diminati seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Maklumat dikongsikan CashNet itu mendedahkan saluran ChuchuTV adalah saluran kanak-kanak India yang pertama meraih 50 juta langganan dan sekali gus mencatat pendapatan tertinggi di rantau Asia dan Oceania iaitu AS$ 81,625, 917 (bersamaan RM346,665,269.50).