Serangan Pengebom Berani Mati Waktu Solat Asar, 17 Terbunuh 70 Cedera

ISLAMABAD – Satu letupan bom yang dipercayai serangan pengebom berani mati  berlaku di sebuah masjid di bandar Peshawar barat laut Pakistan pada Isnin. Menurut pegawai polis dan hospital, sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 70 yang lain cedera dalam letupan tersebut.

Jurucakap Hospital Lady Reading di Peshawar wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Mohammad Asim berkata, mangsa yang cedera termasuk anggota polis dan kini dirawat di kemudahan perubatan, lebih 15 mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Siasatan pihak Polis Peshawar berkenaan letupan itu masih dijalankan bagi mengenal pasti punca letupan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan selesai.

Menurut saksi, serangan pengebom berani mati berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat asar. Sebahagian daripada struktur masjid itu turut runtuh dan beberapa orang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan. Polis masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Setakat ini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. —AGENSI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *