1000 Sertai Demonstrasi Aman Bantah Pembakaran Al-Quran di Sweden.

KUALA LUMPUR –  Perhimpunan sebagai tanda protes terhadap tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar Al-Quran berlangsung secara aman hari ini. Perarakan yang disertai 1000 peserta bermula dari Masjid As-Syakirin di KLCC selepas solat Jumaat.

Perhimpunan tersebut turut disertai beberapa pemimpin Pas, Bersatu, dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berarak menuju ke Kedutaan Sweden terletak di Jalan Mayang Sari.

Demonstrasi yang diadakan di Turki bagi membantah tindakan Rasmus Paladun yang membakar Al-Quran.

Mohd Azmi, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) telah menyerahkan nota bantahan kepada wakil Duta Besar Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergstrom berikutan ketiadaan Duta di pejabatnya. Mohd Azmi diiringi oleh Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Ahmad Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Pada 21 Januari, Rasmus Paludan, ahli politik anti-muslim berhaluan kanan telah membakar Al-Quran di hadapan Kedutaan Turki di Sweden. Tahun lalu Paludan telah melancarkan kempen membakar Al-Quran pada bulan Ramadan dan mencetuskan rusuhan membantah keputusan kerajaan yang menyokong perbuatan Paladun.

Rasmus Paladun, ahli politik berhaluan kanan Sweden-Denmark.

Berikutan kejadian ini, Ankara telah membatalkan lawatan Pal Jonson, Menteri Pertahanan Sweden ke Turki.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *