Percutian ke India pastinya menjanjikan satu pengalaman baru yang amat menakjubkan kerana permandangan di sana yang begitu cantik dan disajikan pula dengan juadah tradisi asli yang sukar didapati di tempat lain. India juga begitu terkenal dengan masyarakatnya yang begitu menyanjung tinggi budaya mereka dan masih lagi mengamalkan cara dan adat tradisi dalam kehidupan seharian walaupun terkenal di mata dunia sebagai pusat teknologi bertaraf antarabangsa. Berikut adalah senarai tempat menarik selain dari Taj Mahal yang harus dikunjungi untuk menyelami keindahan negara ini :
1. Melihat Snow Leopard (Panthera uncia) di Hemis National Park
Dikenali sebagai haiwan pemalu yang amat sukar dijejaki di habitatnya, harimau salji ini boleh dikesan di sekitar kawasan Speti atau Hemis National Park pada musim sejuk. Pengalaman ini pastinya ada cabaran tersendiri kerana bukan mudah untuk menjejaki haiwan ini dan nasib anda pastinya bergantung kepada kepakaran untuk mencari harimau salji ini.
2. Bertemu dengan puak pemburu manusia di Nagaland
Ya, anda boleh bertemu dengan kaum pemburu manusia yang mengumpul kepala musuh sebagai tradisi mereka di Nagaland. Kaum Konyak yang terkenal dengan tradisi mereka yang begitu berasa bangga apabila berjaya mengumpul dan menggantungkan kepala manusia sebagai tanda “cenderahati” dari musuh mereka. Akan tetapi sekiranya anda berpeluang bertemu dengan kaum Konyak ini, anda pasti terpegun melihat keindahan wajah mereka, tatu pada tangan dan perhiasan suku kaum ini.
3. Bercuti bagai raja di Jaisalmer Port, Rajasthan
Rajasthan adalah sebuah tempat yang amat terkenal dengan kubu dan istana lama dan di sini terletaknya sebuah kubu lama yang boleh didiami. Tidak terdapat banyak kubu lama yang boleh diduduki di dunia dan pengalaman bermalam di sini pastinya adalah satu pengalaman yang berharga buat pengunjung. Kubu lama ini juga merupakan yang kedua tertua di Rajastan.
4. Bermalam di dalam treehouse dia Kerala
Bagi peminat alam semulajadi, peluang bermalam di dalam rumah tree house yang terletak di Kerala ini pastinya amat sukar dilepaskan. Pelbagai jenis tree house yang ditawarkan di Kerala menjadikan destinasi ini sebagai pilihan mereka yang mencari percutian yang penuh kelainan dan pastinya ia memberikan ketenangan buat anda.
5. Belajar menyelam skuba di Andamans
Sekiranya anda berhajat untuk mengunjungi destinasi ini, antara pengalaman manis yang tidak harus dilepaskan adalah mempelajari teknik menyelam skuba di Andaman. Andaman yang terkenal dengan hidupan laut dan terumbu karang yang mempersonakan menjadikan aktiviti ini sebagai satu pengalaman yang sukar ditemui di tempat lain. Anda pastinya akan jatuh cinta dengan pemandangan yang indah di kawasan Neils Island, Port Blair, dan Haverock Island.
6. Terjun dari tebing tinggi dia Goa
Cliff diving adalah antara aktiviti lasak yang tidak terdapat di semua tempat tetapi di Goa, aktiviti ini dijadikan sebagai tarikan kepada pelancong. Terdapat pelbagai tarikan menarik lain di Goa yang kian mendapat sambutan pengunjung antaranya menikmati permandangan air terjun, kolam air semulajadi dan banyak lagi.
7. Menikmati langit malam di Spiti Valley
Kawasan di Spiti Valley dikenali dengan pemandangan langit malam yang cerah dan dihiasi taburan bintang. Keindahan alam ini sukar ditemui di kawasan bandar yang tercemar dengan pencemaran cahaya tetapi di sini langitnya begitu cerah dan suasana begini pastinya sesuai untuk aktiviti perkhemahan bersama rakan-rakan.
8. Menyambut Lathmar Holi di Barsana
Barsana adalah sebuah pekan kecil yang terletak di Mathura dan mengunjungi tempat ini ketika perayaan Holi seharusnya berada dalam senarai anda sebagai pelancong di India. Perayaan ini adalah bagi merayakan satu kisah cerita rakyat mengenai Lord Krishna dan Radha Village dimana Lord Krishna telah dihalau menggunakan sebatang kayu dan sebagai tanda menghormati tradisi mereka, setiap tahun kaum wanita akan menyambut tetamu lelaki dari Nandgaon menggunakan cara yang sama iaitu menggunakan kayu.