KUALA LUMPUR – Khor Swee Boon, 33 dan isterinya Ng Hui Yee, 30 tahun telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini dibawah pertuduhan membunuh seorang pelayan restoran di Pandan Indah menggunakan bom buatan tangan pada 29 Disember tahun lalu di hadapan sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 1/22 pada jam 8.55 malam.
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Khor dan Ng masing-masing bersetuju ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nurmaizan Rahim pada hari Isnin (16 Januari) tetapi tiada rayuan direkodkan kerana kes pertuduhan bunuh adalah di dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Peguambela bagi pihak Khor dan Ng, RSN Rayer merayu agar ikat jamin diberikan kepada Ng yang perlu menjaga anak-anak mereka yang berumur lima dan tujuh tahun yang ketika ini berada dibawah jagaan ibu bapa Ng.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ameera Sam Kamaruddin membantah permintaan tersebut kerana tiada sebarang keadaan atau situasi yang membenarkan mahkamah untuk membenarkan Ng dibebaskan dengan ikat jamin.
Dalam kejadian pada 29 Disember lalu, mangsa yang berusia 28 tahun maut setelah memegang satu bungkusan yang meletup secara tiba-tiba. Bungkusan yang ditinggalkan di atas kereta mangsa dipercayai mengandungi bom buatan tangan milik tertuduh.
Perbicaraan bagi kes ini akan disambung semula pada 23 Mac.