Pendarahan dari Halkum, Lucinta Luna Kesal Ubah Jantina.

JAKARTA – Selebriti sensasi, Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhamad Fatah terpaksa dikejarkan ke Hospital Mayapada Lebak Bulus setelah mengalami pendarahan pada bahagian tekak dan bengkak di gusi sehingga menyebabkan Lucinta mengalami kesukaran untuk makan dan minum.

“Ya Allah, semoga saya boleh makan dan minum dengan normal lagi. Sekarang tengah buat fisioterapi dengan doktor,” katanya.

Turut dikenali dengan gelaran Ratu 9 Nyawa, Lucinta sebelum ini telah membuat pembedahan menukar jantina di Thailand sebelum membuat pembedahan plastik pada Mac tahun lalu di Busan, Korea Selatan. Lucinta mengubah wajahnya supaya menjadi mirip idolanya, Lisa Blackpink selain membuang halkum untuk menghilangkan garau pada suaranya.

Komen netizen dilaman social rata-rata mengatakan bahawa sakit yang dialami Lucinta ini adalah peringatan dari tuhan buat Lucinta yang terlalu obses dengan pembedahan plastik dan memohon agar beliau segera bertaubat.

Lucinta yang sebelum ini juga telah ditahan oleh pihak berkuasa pada tahun 2019 atas kesalahan penyalahgunaan dadah jenis ekstasi telah disahkan memiliki kad pengenalan diri atau Kartu Tanda Penduduk (KTP) berstatus wanita manakala pasport Indonesia yang dimilikinya adalah berstatus lelaki menyebabkan kekeliruan untuk menempatkan Lucinta sama ada di lokap wanita atau dilokap lelaki.

Penyanyi dangdut yang juga pernah merakamkan lagu Bobo Dimana bersama Dato Seri Alff Syukri dan Nur Sajat itu akhirnya dipenjarakan selama setahun di Penjara Pondok Bambu (wanita) dimana beliau banyak mengisi masa ke salon untuk berhias selain menjadi jurulatih senam disitu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *