Mayat Orang Asli Jadi Santapan Beruang Liar.

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli di Kampung Dokoh, Pos Balar digemparkan dengan penemuan sebuah kubur yang dipercayai telah dimusnahkan oleh seekor beruang liar yang dipercayai turut memakan mayat penduduk di situ.

Pada 26 Disember tahun lalu, penduduk disitu telah melaporkan kelibat haiwan tersebut di kawasan perkuburan dan disekitar kebun durian berhampiran kediaman mereka. Mazlan Aluij, 50, berkata dia dan lima anaknya penyedari kehadiran beruang tersebut ketika menziarahi kubur isterinya, Amek Along yang telah meninggal pada 1 Disember.

Mazlan Aluij, berkata pada 26 Dis lalu dia bersama anak lelaki pergi membersihkan kubur isterinya seperti biasa dan melihat ada kesan tapak kaki serta najis beruang di situ.

Mazlan turut menjelaskan beliau telah menemukan jejak tapak kaki haiwan dipercayai milik seekor beruang yang berkemungkinan telah menggali kubur yang terletak 300-meter dari kediamannya dan memakan sebahagian dari mayat Amek.

“Saya dapat mendengar bunyi kehadiran beruang tersebut dan sempat menjerit ke arah haiwan itu kerana hampir menerkam anjing yang dibela dan kemudian beruang itu melarikan diri kearah tanah perkuburan”.

Mazlan yang bimbang akan keselamatan penduduk setempat telah membuat laporan kepada pihak polis serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan selanjutnya dan untuk mengelakkan dari kejadian yang sama berulang kembali.

Susulan kejadian itu, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama pihak Perhilitan untuk menyelesaikan isu ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *