Ketum Ubati Kanser?

Ketum (Mitragyna speciosa), adalah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang lazim ditemui di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Ketum mempunyai sifat opioid dan beberapa kesan seperti perangsang. Daun ketum yang dikatakan boleh membantu memulihkan tenaga ini biasanya direbus untuk diminum terutamanya oleh ibu-ibu selepas bersalin.

Air ketum sememangnya terkenal dengan khasiatnya untuk mengubati beberapa jenis penyakit tetapi menurut satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Institut Pencegahan Kanser Negara, beberapa jenis ketum yang berpotensi untuk mengubati kanser.

Ketum kini boleh didapati di dalam bentuk kapsul dan serbuk teh.

Klasifikasi berikut yang telah disenaraikan ini adalah mengikut peratusan kandungan anti kanser:

1.Daun ketum jenis urat hijau 46.5%

2.Daun ketum jenis urat merah 37.6%

3.Daun ketum jenis halus 35.4%

4.Daun ketum jenis bawal 34.7%

5.Daun ketum jenis ekor babi 32.9%

6.Daun ketum jenis ekor kura 29.8%

7.Daun ketum jenis hitam 23.8%

Selain itu antara kandungan berkhasiat lain yang disenaraikan adalah kolagen, yang paling tinggi didapati dalam daun ketum jenis kuning. Pastinya berita ini bakal disambut baik oleh pengguna yang telah lama mengetahui tentang kebaikan tumbuhan ini.

Terdahulu pada tahun 2019, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa tumbuhan ketum tidak lagi dimasukkan ke dalam senarai Akta Dadah Berbahaya 1952 melalui satu jawapan bertulisnya kepada Dewan Rakyat.

“Pada masa kini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyenaraikan ketum dan alkaloidnya ke dalam Akta Dadah Berbahaya 1952. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam proses meminda Akta 336 bagi merangkumi kawalan ke atas tumbuhan psikoaktif seperti pokok ketum”

Kenyataan ini adalah bagi menjawab soalan lisan Menteri Besar Kedah dan Anggota Parlimen Merbok, Mukhriz Mahathir yang bertanyakan tentang penanaman tumbuhan ketum bagi mengelakkan penyalahgunaan dan sekiranya kerajaan perlu meminda undang-undang berkaitan ketum dibawah senarai Akta Dadah Berbahaya.

Sebarang pindaan akta bakal merubah peruntukkan larangan ke atas aktiviti perladangan, penanaman, pengimportan, pengeksportan, pembekalan, penjualan, dan pemilikan tumbuhan psikoaktif termasuklah pokok ketum.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *