PUTRAJAYA – Seramai 958 pekerja kontrak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah ditamatkan tempoh perkhidmatan meliputi seluruh cawangan LHDN di negera ini.
Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, meskipun berkhidmat secara kontrak dengan kadar bayaran RM65 sehari, ada juga dalam kalangan mereka yang telah berkerja belasan tahun.
Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk campur tangan berhubung dengan rayuan supaya pekerja ini diambil semula bekerja kerana mereka telah terputus pendapatan.
Setiausaha Politik Kanan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, surat rayuan berhubung dengan isu ini telah diserahkan kepada Datuk Seri Anwar untuk diteliti dan diselesaikan.
LHDN menerusi kenyataan sebelum ini berkata, kedudukan perkerja kontrak telah dimaklumkan lebih awal bagi memastikan pekerja yang terlibat dapat mencari perkerjaan lain sebelum tempoh perkhidmatan ditamatkan 31 Disember lalu.