AKHIR PIALA FA: Terengganu Bukan Tandingan JDT!

BUKIT JALIL: Johor Darul Takzim (JDT) terus membuktikan keunggulan sebagai jaguh bola sepak Malaysia apabila mudah menundukkan Terengganu dengan jaringan 3 gol berbalas 1.

Malam gemilang  JDT bermula dengan jaringan Arif Aiman pada minit ke-34 setelah beliau berjaya memperdaya seorang pemain pertahanan Terenggangu lantas meledakkan jaringan dengan kaki kirinya.

JDT terus melebarkan jaringan pada separuh masa ke dua setelah Bergson da Silva menjaringkan gol ke dua JDT pada minit ke-62 menerusi sepakan penalti setelah penjaga gol Terengganu menjatuhkan pemain yang sama di dalam kotak penalty

Terengganu cuba melawan dengan jaringan pada minit ke-75 menerusi jaringan Tchetche Kipre setelah rembatannya terkena penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Namun JDT mengesahkan kejuaraan Piala FA apabila Bergson sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-78 untuk gol ke tiga JDT hasil daripada kesilapan penjaga gol Terengganu yang keluar dari posisinya dan diperdaya oleh Sumareh yang berjaya melorongkan bola kepada Bergson.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *